Azrinaz Mazhar Hakim

Siapa yang tidak mngenali tuan empunya badan diatas. Bekas Personaliti TV3 yang berjaya menambat hati seorang pemimpin terkaya dunia menjadi perbualan hangat apabila berita perkahwinan beliau tersebar di dada akhbar. Malah nama carian "Azrinaz" menduduki senarai teratas untuk maklumat berkaitan televisyen dan tempat ketiga keseluruhan dalam ruangan khas enjin carian Yahoo!, Yahoo! Buzz Index. Dianggarkan setengah juta carian (hit) atau 589.54% menggunakan nama Azrinaz dicatatkan dalam tempoh sehari sehingga menduduki senarai teratas ruangan khas itu. Kini setelah bercerai, beliau menetap di Malaysia dan  menubuhkan perniagaan telekomunikasi bumiputera, Clixster Mobile. Blog Monarki Diraja sekadar mengintai kembali kehidupan beliau dahulu sebagai isteri kedua Sultan Brunei. 

Majlis Pernikahan (20 Ogos 2005) beliau dengan Sultan Brunei diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Tiada liputan berita mengenai perkahwinan ini tetapi majlis ini dikatakan diadakan di kediaman rasmi Sultan Brunei di Kuala Lumpur "Rumah Awang Alak Bertatar" yang terletak di Jalan Ampang berdekatan dengan Kedutaan Britain
Sewaktu menemani sultan Brunei menghadiri Persidangan PBB ke-60 di New York pada 16 September 2005
Penampilan pertama beliau dalam majlis rasmi negara Brunei. Beliau bersama Sultan Brunei, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja yang lain menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Nurul Iman selama tiga hari berturut-turut pada tahun 2005

Pada 9 Jun 2006 bersamaan 12 Jamadilawal 2006, atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Brunei Pengerusi Majlis Mesyuarat Adat Istiadat Negara Bruneimengumumkan bahawa beliau dianugerahkan gelaran diraja dan dibahasakan sebagai "Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar" atau "Her Royal Highness Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar"

Tiba di Kuala Lumpur bagi menemani sultan Brunei menghadiri Persidangan Asean Disember 2005
tiba di Hotel penginapan dan disambut oleh kakitangan hotel
Majlis Makan Malam sempena Persidangan Asean dihoskan oleh Mantan PM Malaysia Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi
 berlepas pulang ke Brunei
Bersama KDYMM Raja Isteri dan YAM PAIPA Sarah menghadiri Pameran Batik Malaysia 2006. Beliau anggun dalam persalinan batik identiti warga Malaysia

Penampilan pertama beliau di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman ketika Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-60  pada 2006

 Istiadat Santapan Diraja sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Brunei ke-60 pada 2006. Kelihatan bekas Presiden Filiphina, Gloria Macapagal-Arroyo dan bekas PM Thailand, Thaksin Shinawatra
Istiadat Berinai YAM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah- 10 Jun 2007

Istiadat Bersanding Diraja YAM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah- 11 Jun 2007

 Istiadat Santapan Pengantin Diraja YAM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah- 11 Jun 2007

28 April 2007- Istiadat santapan Diraja sempena pertabalan Tuanku Mizan sebagai SPB YDPA ke-13

4 Julai 2007- Lawatan Tuanku Mizan ke Brunei

 
 Mei 2008- Majlis Santapan Diraja sempena lawatan Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania ke Brunei. Beliau dan KDYMM Raja isteri dikurniakan darjah Supreme Order of the Renaissance (first degree) Wisam al-Nahda oleh Raja Abdullah II


22 Julai 2008- Majlis Santapan Malam Diraja sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah di Istana Anak Bukit

Januari 2009-Santapan Diraja yang dihoskan oleh Presiden  Gloria Macapagal Arroyo dan suaminya Jose Miguel Arroyo sempena lawatan Diraja Sultan Brunei ke Filipina

14 Februari 2009- Majlis Santapan Sempena 25 Tahun Pemerintahan Sultan Azlan Shah


6 Ogos 2009-Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei kali ke 13 di Istana Nurul Iman

27 Oktoer 2010-Istiadat Santapan Diraja Sempena Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

 31 Oktober 2008: Majlis Santapan Diraja sempena lawatan Putera Charles dan Camilla, Duchess of Cornwall

Ulasan

Catatan Popular