HRH Princess Charlene of Monaco Selamat melahirkan bayi kembar.

Isteri kepada pemerintah Monaco Putera Albert II, Puteri Charlene selamat melahirkan sepasang bayi kembar di Hospital Puteri Grace. Pasangan bayi tersebut diberi nama:
  • Princess Gabriella Thérèse Marie (lahir jam 5.04 pm 10 Disember 2014)
  • Prince Jacques Honoré Rainier (lahir jam 5.06 pm 10 Disember 2014)
Walaupun Monaco membolehkan waris pemerintah dari kalangan perempuan, hak untuk mewarisi takhta diberi keutamaan kepada anak lelaki terlebih dahulu. Maka dengan itu, Putera Jacques diberi gelaran Marquis of Baux  manakala Puteri Gabriella diberi gelaran Countess of Caraldès. Gelaran penuh bagi mereka adalah:
  • His Serene Highness Hereditary Prince Jacques Honoré Rainier, Prince of Monaco, Marquis of Baux
  • His Serene Highness Princess Gabriella Thérèse Marie, Princess of Monaco, Countess of Carladès
42 das tembakan meriam dilepaskan di Fort Antoine bagi menandakan kelahiran pasangan kembar ini
Hospital Puteri Grace, Hospital yang dinamakan sempena nenda pasangan kembar ini
Pengunguman rasmi kelahiran pasangan kembar ini dipamerkan di perkarangan Istana Palais Princier de Monaco
Putera Albert II sewaktu rakaman secara langsung oleh Stesen TV Monaco di kediaman rasminya bagi mengulas mengenai kelahiran pasangan bayi kembarnya

Kelahiran bayi dari keturunan Putera Albert II sangat dinanti-nantikan oleh rakyat dan pemimpin kerajaan Monaco. Pada tahun 2010 perlembagaan Monaco diubah bagi membolehkan kekanda sulung Putera Albert II, Puteri Caroline mewarisi takhta sekiranya Putera Albert II gagal menyediakan waris sah dari keturunannya. Putera Albert II sebelum ini mempunyai 2 orang anak tidak sah taraf. Mengikut perlembagaan Monaco hanya anak sah taraf sahaja yang boleh mewarisi takhta. Putera Albert II akhirnya berkahwin dengan bekas perenang Afrika Selatan Charlene Wittstock pada 1 Julai 2011.

Senarai pewarisan takhta Monaco yang baru
  1. His Serene Highness Prince Albert II, Sovereign Prince of Monaco
  2. His Serene Highness Hereditary Prince Jacques Honoré Rainier, Prince of Monaco, Marquis of Baux
  3. His Serene Highness Princess Gabriella Thérèse Marie, Princess of Monaco, Countess of Carladès
  4. Her Royal Highness Princess Caroline, The Princess of Hanover, Princess of Monaco

Ulasan

Catatan Popular