Raja Maghribi adakan pertemuan dengan Presiden Turki

27 Disember 2014: Raja Maghribi, Raja Mohammed VI dan isterinya, Puteri Lalla Salma dan anakanda baginda Putera Mahkota Moulay El Hassan dan Puteri Khadija telah dijemput oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk menghadiri majlis jamuan minum teh di kediaman rasminya. Majlis turut dihadiri oleh Wanita Pertama Turki Emine Erdogan dan anak perempuan mereka Sumeyye Erdogon. Pertemuan ini diadakan sempena lawatan tertutup pemerintah Maghribi itu ke Turki. Raja Mohammed VI merupakan pemerintah Maghribi pertama yang memecah tradisi kerabat diraja itu yang membolehkan semua ahli kerabat diraja perempuan tampil dikhalayak umum. Sebelum ini kerabat diraja perempuan hanya tinggal di dalam istana dan tidak terlibat dalam sebarang urusan negara.

Ulasan

Catatan Popular