Tiara Permaisuri Sweden: The Braganza Tiara

Tiara ini diperbuat dari permata kepunyaan Maharani Brazil, Maharani Maria Leopoldina. Setelah Maharani Maria Leopoldina mangkat pada tahun 1826, permata ini diwarisi oleh anakandanya. Namun suaminya, Maharaja Pedro I mengambil permata ini untuk dibuat satu tiara baru bagi isteri barunya, Maharani Amelie pada tahun 1829. Tiara ini dibuat khas di Perancis dan diberi nama Braganza tiara mengambil nama sempena Maharaja Pedro I sebagai Duke of Braganza. Selepas Maharai Amelie mangkat pada tahun 1873, tiara ini diwariskan kepada Kekanda sulungnya yang ketika itu merupakan Permaisuri Sweden dan Norway, Permaisuri Joséphine. Sejak dari itu, tiara ini kekal dalam keluarga diraja Sweden dan hanya dipakai oleh Permaisuri Sweden sahaja. Tiara bermotifkan bunga-bungaan mempunyai ketinggian 12.5 cm dan berat hampir 2 kg. Kini tiara ini menjadi milik Permaisuri Silvia, Permaisuri Sweden sekarang.

Pemilik Tiara
  1. Maharani Amelie (Empress Amélie of Brazil) 1829 - dihadiahkan oleh suaminya, Emperor Pedro I of Brazil sebagai hadiah perkahwinan.
  2. Queen Josephine of Sweden & Norway; - diwarisi daripada adindanya Empress Amélie of Brazil pada tahun 1873
  3. Queen Sophia of Sweden & Norway; - diwarisi daripada Bonda mertuanya Queen Josephine of Sweden & Norway pada tahun 1876
  4. Queen Victoria of Sweden; - diwarisi daripada Bonda mertuanya Queen Sophia of Sweden & Norway pada tahun 1913
  5. Queen Louise of Sweden; diwarisi daripada Bonda mertuanya Queen Victoria of Swedenpada tahun 1930
  6. King Carl XVI Gustav of Sweden;-diwariskan oleh Nenda tirinya Queen Louise of Sweden pada tahun 1965
  7. Queen Silvia of Sweden; - diberikan oleh suaminya King Carl XVI Gustav of Sweden pada tahun 1976
Queen Sophia of Sweden & Norway

Queen Victoria of Sweden


Queen Louise of Sweden
Oleh sebab tiara ini yang agak berat dan sukar untuk di bawa, Permaisuri Louise hanya membawa tiara ini keluar dari Sweden sebanyak 2 kali. Pertama pada tahun 1936 ketika menghadiri Istiadat pertabalan Raja George VI ayahanda Ratu Elizabeth II. Kedua pada tahun 1953 bagi menghadiri istiadat Pertabalan Ratu Elizabeth II.

Bagi Permaisuri Silvia pula yang kini merupakan Permaisuri Sweden, baginda juga jarang memakai tiara ini. Dalam satu temubual  oleh Nordisk Film sebuah penerbitan dari Denmark bertajuk The Royal Jewel pada tahun 2011, baginda mengatakan ianya agak berat dan boleh menyebakan kesakitan pada bahagian leher.

"complicated to wear… it moves [as you wear it] and is not easy to fix." -

Baginda turut memberi kebenaran kepada pasukan produksi untuk merakamkan gambar set lengkap tiara ini buat pertama kalinya.

Permaisuri Silvia sering mengenakan tiara ini untuk potret rasmi dan juga Majlis Banquet meraikan tetamu negara. Baginda hanya membawa tiara ini keluar dari Denmark hanya sekali ketika mengadakan lawatan ke negara sepupu suaminya, Ratu Denmark, Ratu Margerethe II. Baginya Denmark dan Sweden bukan sahaja terhubung melalui hubungan diplomatik malah terjalin melalui hubungan kekeluargaan (Ayah Raja Carl XVI Gustav dan bonda Ratu Margrethe II merupakan adik beradik).Dalam temubual tersebut juga Permaisuri Silvia mengatakan itu pertama dan terakhir kali baginda membawa tiara itu keluar dari Sweden. Kali terakhir Permaisuri Silvia memakai tiara ini adalah pada 4 tahun yang lalu ketika menghadiri Istiadat Perkahwinan anakanda sulungnya Puteri Mahkota Victoria. 


 Potret rasmi pada tahun 1976
 1983: Lawatan rasmi Ratu Elizabeth II ke Sweden
 1994: Lawatan Raja Albert II ke Sweden
Potret rasmi baginda pada tahun 2006
 
 Ketika Majlis Banquet lawatan baginda ke Denmark 2007
 Sewaktu Istiadat Perkahwinan Diraja anakandanya Puteri Mahkota Victoria pada tahun 2010









Ulasan

Catatan Popular