Hari Keputeraan Maharaja Akihito ke-81

Hari ini merupakan Hari Keputeraan Maharaja Akihito yang ke-81. Maharaja Jepun yang ke-125 ini dilahirkan pada tanggal 23 Disember 1933. Baginda merupakan putera sulung dari 5 beradik kepada Maharaja Hirohito dan Maharani Kojun. Gelaran baginda sewaktu kecil adalah "Prince Tsugu". sejak dilantik menjadi Putera Mahkota Jepun pada 10 November 1952, baginda berjanji untuk meruntuhkan dinding yang memisahkan gologan diraja Jepun dengan rakyat bahawan. Setelah 25 tahun memerintah, baginda berjaya mengotakan janjinya dan baginda serta isteri, Maharani Michiko menjadi kesayangan rakyat Jepun
Maharaja Akihito dan Maharani Michiko berserta Putera Mahkota Naruhito, Puteri Mahkota Masako, Putera Fumihito, Puteri Kiko dan Puteri Mako. Seramai 29000 rakyat Jepun hadir ke istana bagi mendengar titah ucapan dan bertemu dengan baginda

Ulasan

Catatan Popular