Puteri Kako dianugerahkan Darjah Kebesaran Jepun

Her Imperial Highness Princess Kako of Akishino

Puteri Kako of Akoshino telah dianugerahkan darjah Kebesaran Grand Cordon of the Order of the Precious Crown. Maharaja Jepun berkenan untuk menganugerahkan darjah ini sempena ulang tahun ke 20 cucu baginda itu. Puteri Kako merupakan cucu kedua kepada Maharaja dan Maharani Jepun. Beliau merupakan anakanda kepada Putera Akishino dan Puteri Kiko. Menjadi kelaziman kepada Maharaja Jepun yang akan menganugerahkan darjah kedua tertinggi kerajaan Jepun kepada semua ahli kerabat diraja perempuan yang telah mencapai umur 20 tahun ke atas. Darjah ini juga turut dikurniakan kepada isteri raja-raja pemerintah.

Puteri Kako meninggalkan Imperial Palace selepas istiadat penganugerahan darjah oleh Maharaja Jepun selesai

Ulasan

Catatan Popular