Keluarga Diraja Luxembourg dan Maharani Michiko akan hadiri istiadat pengkebumian diraja Permaisuri Fabiola

Keluarga Diraja Luxembourg kini telah berada di Belgium bagi memberi penghormatan terakhir kepada Permaisuri Fabiola. Keranda baginda kini ditempatkan di Château de Laeken dimana rakyat Belgium hadir memberikan penghormatan terakhir. Pemerintah Luxembourg, Grand Duke Henri dan isterinya, Grand Duchess Maria Teressa serta Grand Duke Jean akan hadir pada hari jumaat 12 Disember 2014 bagi menghadiri upacara penghormatan rasmi oleh kerajaan yang akan dilakukan di Gereja Cathédrale des Saints Michel et Gudule. Belgium dan Luxembourg bukan sahaja mempunyai hubungan diplomatik malah hubungan kekeluargaan antara pemerintah kedua-dua buah negara. Permaisuri Fabiola merupakan bonda saudara kepada pemerintah Luxembourg, Grand Duke Henri.
Kereta khas yang membawa keranda Permaisuri Fabiola dari kediaman rasmi baginda Stuyvenbergh Castle untuk di bawa ke Istana Rasmi Negara Château de Laeken. Di belakangnya adalah kenderaan yang membawa adinda iparnya yang juga merupakan bekas Raja Belgium ke 6 Raja Albert II dan Permaisuri Paola
Bekas Raja Belgium ke 6 Raja Albert II dan Permaisuri Paola
 

 Kenderaan rasmi tiba di perkarangan Istana Château de Laeken


Penghormatan terakhir oleh Raja Albert II dan Permaisuri Paola
 
Penghormatan terakhir oleh Raja Phillipe dan Permaisuri Mathilde
Putera Laurent memberi tunduk hormat kepada bonda saudaranya sambil diperhatikan oleh Raja Phillipe dan Permaisuri Mathilde
 Turur memberi penghormatan terakhir: anakanda saudaranya, Puteri Astrid (Princess Astrid of Belgium Archduchess of Austria-Este) dan suaminya Putera Lorenz (Prince Lorenz of Belgium, Archduke of Austria-Este)
 Keluarga Diraja Luxembourg dan Liechtenstein: Anakanda Saudara Permaisuri Fabiola, Archduchess Marie Astrid of Austria (berskirt hitam) dan Princess Margaretha of Liechtenstein berserta suami Prince Nikolaus of Liechtenstein

Sementara itu semalam 9 Disember, Kerajaan Jepun pimpinan Perdana Menteri, Shinzo Abe mengesahkan bahawa Maharani Michiko akan mewakili kerajaan Jepun pada istiadat pengkebumian Permaisuri Fabiola Jumaat ini. Baginda Maharani akan berada di Belgium selama 3 hari bermula 11 hingga 13 Disember 2014.
Permaisuri Fabiola dan Maharani Michiko merupakan sahabat baik dan mengikut rekod rasmi baginda telah mengadakan pertemuan sebanyak 14 kali tidak termasuk pertemuan peribadi.
 Maharaja Akihito dan Maharani Michiko ketika menghadiri Istiadat pengebumian suami Permaisuri Fabiola pada tahun 1993

Ulasan

Catatan Popular