Istiadat Pengkebumian diraja bagi Permaisuri Fabiola

Istiadat Pengkebumian Diraja bagi mantan Permaisuri Belgium akan dilaksanakan pada hari Jumaat,12 Disember 2014. Istiadat pengkabumian kan dilaksanakan di Gereja Saints Michel et Gudule. Buat masa ini mendiang diletakkan di kediaman rasminya Stuyvenbergh Castle. pada hari isnin, keranda baginda akan dibawa ke Chapel at Laeken sebelum dibawa ke Istana Rasmi Negara Palais de Bruxelles bagi membolehkan rakyat jelata memeberi penghormatan terakhir kepada mantan permaisuri mereka selama 2 hari bermula 10-11 Disember.
Bendera Negara dikibarkan separuh tiang di Istana Negara

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh twiter keluarga diraja Belgium, Raja Philippe dan Permaisuri Mathilde telah membatalkan semua aktiviti diraja mereka sehingga istiadat pengkebumian diraja selesai jumaat ini. Raja Felipe, Permaisuri Letizia, Raja Juan Carlos, Permaisuri Sofia serta Grand Duke Henri dan Grand Duchess Maria Teressa mengutuskan perutusan takziah diatas kemangkatan Permaisuri Fabiola.
Fabiola Fernanda Maria de las Victorias Antonia Adelaïda de Mora y Aragón merupakan wanita golongan aristokratik Sepanyol. Baginda berkahwin dengan Raja Boundain dan tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Baginda; 86, mangkat akibat penyakit osteoporosis dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Ulasan

Catatan Popular