Her Majesty Queen Fabiola of Belgium (1928-2014)
Lahir dalam keluarga aristokrat Sepanyol merupakan anak ketiga kepada Don Gonzalo Mora
FernandezRiera del Olmo, Comte de Mora, Marquis de Casa Riera dan Doña
Blanca de Aragón y Carrillo de Albornoz, Barroeta-Aldamar y Elio.
Ketika zaman remajanya baginda bekerja sebagai seorang jururawat di salah sebuah Hospital di Madrid. Selaind ari bahasa Inggeris,baginda fasih berbahasa Sepanyol, Perancis, Belanda, Jerman dan Itali. Pada 15 Disember 1960 baginda disunting oleh Raja Belgium, Raja Baudouin untuk dijadikan isteri.Setelah 9 tahun memerintah Belgium tanpa permaisuri, Raja Baudouin akhirnya melamar Fabiola dan serentak dengan perkahwinan itu, Fabiola diberikan gelaran "queen" dan dibahasakan sebagai "Her Majesty The Queen of the Belgians".
Potret rasmi sempena pertunangan mereka dan potret rasmi sempena perkahwinan mereka pada thun 1960
Perkahwinan mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. baginda mengalami masalah ketika mengandung. bukan sekadar sekali, baginda telah keguguran sebanyak lima kali. Hal ini menyebabkan baginda tidak dapat memberikan keturunan kepada suaminya. Walaupun tidak berupaya memberikan keturunan kepada suaminya, Raja Baudouin tetap menyayangi isterinya malah rakyat Belgium turut tidak memberi tekanan kepada Fabiola malah sentiasa menyokong Permaisuri mereka. Malah rakyatnya mengirimkan bunga dan kad ucapa sokongan kepada pejabat istana setiap kali mereka mengetahui berita tentang keguguran yang dialami oleh permaisuri mereka.
Kenyataan Permaisuri Fabiola apabila dirinya gagal memperoleh cahaya mata;
"I lost five children, but I’ve learned to live with it. On the
contrary, you learn from the experience. I had problems with each
pregnancy, but in the end I kept thinking that life is beautiful."
Kenyataan Raja Baudouin mengenai isterinya;
"We have asked ourselves why we feel this pain: little by little we have begun to understand that this way, our hearts will be even more free to love all the children, every single one."
Pada tahun 1965, apabila bonda mertuanya, Permaisuri Elisabeth mangkat, baginda mengambil alih tugas-tugas diraja dan aktiviti kebajikan yang telah diasaskan oleh bonda mertuanya itu. Antara yang paling diingati adalah Presiden Kehormat bagi Queen Elisabeth of Belgium International Music Competition. sepanjang menjadi Permaisuri baginda banyak menemani suaminya melakukan tugas diraja dan mengadakan lawatan ke negara asing dalam usaha mengeratkan hubungan Belgium dengan negara lain.
Istiadat Pemakaman Suami baginda pada tahun 1993, Permaisuri Fabiola memakai pakaian berwarna putih lari dari kebiasaan apabila berlaku kematian semua tetamu yang hadir memakai pakaisan berwarna hitam. Baginda juga meminta semua ketua-ketua Negara dan juga perwakilan asing yang hadir tidak memakai pakaian hitam pada hari tersebut.
Pada bulan julai 1993, suami tersayang mangkat setelah lebih 42 tahun memerintah. baginda mangkat di Villa Astrida di bandar Mortil, selatan Sepanyol akibat kegagalan jantung berfungsi. Oleh sebab pasangan diraja ini tidak mempunyai waris, takhta diserahkan kepada adindanya, Putera Albert. Gelaran Queen masih lagi dikekalkan.
- 11 Jun 1928 – 15 Disember 1960: Doña Fabiola de Mora y Aragón
- 15 Disember 1960 – 31 Julai 1993: Her Majesty The Queen of the Belgians
- 31 Julai 1993 – 5 Disember 2014: Her Majesty Queen Fabiola of Belgium
Setelah kemangkatan suaminya, Permaisuri Fabiola banyak menghabiskan masa dengan melakukan kerja-kerja amal membantu kanak-kanak dan remaja yang memerlukan. Baginda menjadi Presiden Yayasan Raja Baudouin. Baginda juga menubuhkan Tabung Kebajikan bagi pesakit mental dan orang kurang upaya. Les Oeuvres de la Reine Fabiola, sebuah badan kebajikan ditubuhkan bagi membantu rakyat belgium yang memerlukan. Pada tahun 1992 baginda mempengerusikan Persidangan Pembangunan dan Ekonomi Wanita bagi meningkatkan penguasaan wanita dalam bidang ekonomi.
bersama Permaisuri Sofia (ketika itu bergelar Puteri Sofia) ketika menghadiri majlis sambutan 2500 tahun penubuhan empayar Parsi di Iran atas jemputan Maharaja Iran
Bersama Maharani Jepun, Maharani Nagako Kuni ketika lawatan pasangan diraja Jepun ke Belgium pada 1 Okt 1971
Majlis Santapan Diraja sempena lawatan Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit ke Belgium
Menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Presiden Mexico ketika lawatan baginda berdua ke negara itu pada tahun 1965
23 November 1964: sempena lawatan baginda berdua ke Iran. Majlis Santapan diraja dihoskan oleh Maharaja Shah Reza dan Maharani Farah Diba di Marble Palace, Iran
12 April 2003: Permaisuri Fabiola (bertopi biru) ketika menghadiri perkahwinan anakanda saudaranya, Putera Laurent dengan Cik Claire Combs
Menghadiri Majlis Perkahwinan diraja Sepanyol Putera Felipe dengan Letizia Ortiz pada tahun 2004 |
Menghadiri Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan Belgium pada tahun 2012
Menghadiri Istiadat perkahwinan diraja Luxembourg antara Grand Duke Guillaume dengan Countess, Stephanie de Lannoy pada tahun 2013
Juali 2013: menghadiri Istiadata Menandatangani Watikah Turun Takhta Anakanda saudaranya
Penampilan terakhir baginda dikalangan awam: ketika menghadiri majlis memperingati 20 tahun pemergian suami baginda di Cathedrale des Saints Michel et Gudule pada 31 Julai 2013
.......Dalam Kenangan Rakyat Belgium......
Ulasan
Catat Ulasan